story in my heart

My photo
eVeRyThInG Is sEcReT.......

its so cute....

its so cute....
saya sayang semua yang ada disisi saya


Thursday, June 7, 2018

Mr 2508 LoVe StOrY


Bab 1: Perkenalan Kita


ketika cinta masih milik orang lain.
walaupun situasi waktu itu tidak seindah rupa. 
cinta yang dibiar tergantung sepi tanpa berita. 
muncul seorang insan untuk mengubat luka.


  Perkenalan kami bermula dengan seorang rakan yang cuba memberi
sinar cinta baru. Mulanya tidak diendahkan atas dasar setia. namun bila cinta itu makin menyakitkan, dia cuba memberi cinta baru agar aku mampu tersenyum. 

 Bermula dengan nombor telifon, terciptalah satu ikatan persahabatan. walaupun cinta lama masih tergantung. satu pesanan ringkas ke panggilan talifon. walaupun waktu itu jujur aku katakan aku tidak mengenalinya. hanya nama yang aku tahu. Mr 2508 dengan motorsikal merah nya.pertemuan pertama yang melucukan bila aku tidak mengnalinya.
  
  Ketika aku sibuk menyiapkan tugasan di kafe bersama rakan-rakan, aku sedar ada sepasang mata yang memandang.namun aku abaikan walaupun hati mula tertanya-tanya.Bila aku dan rakan-rakan ingin beredar kawan ku berbisik "hey,that mr 2508". aku cuma tersenyum dan beredar. selepas itu bermulalah pertemuan demi pertemuan.walaupun ketika itu aku masih terikat dengan perhubungan cinta lain. keluar makan bersama, kesana-sini bersama dan mula berkongsi suka dan duka. Ada satu cerita yang mencuit hati bila aku tak percaya umurnya sama dengan aku. sehinggakan aku meminta kad pengenalannya untuk pengesahan. That so funny.kisah ini berlaku di Mydin Ayer keroh Melaka.

  28 Januari 2011 merupakan detik dia meluahkan perasaannya dan cuba menyunting cinta. Namun aku tidak memberi jawapan. Aku mahu masa selama sebulan untuk kami lebih mengenali antara satu sama lain. Dia setuju. sebulan kami luangkan masa bersama. kesana sini bersama. Sehari tidak berjumpa ibarat setahun. Manisnya ketika itu ibarat duduk didalam tangki yang dipenuhi gula.aku mula memeriksa semuanya.kisah cintanya yang lepas, aktiviti hariannya dan semuanya.

 28 februari 2011, dia menuntut jawapan dariku. Di hentian bus bulatan mitc, aku menerimanya. ketika itu aku melihat satu kegembiraan yang tidak pernah aku lihat. dia sangat gembira. waktu itulah aku menjadi 'mrs 2508'. ketika menghantar aku pulang senyuman masih terukir dibibir. aku yang ketika itu cuba berubah 360 darjah dari diri aku hanya untuk membahagia cintanya.

 aku ubah segalanya. aku abaikan semua kata hati aku. aku abaikan apa yang aku tidak suka mahupun aku inginkan. aku sentiasa tersenyum walaupun ada yang menyakitkan. aku sembunyikan kesedihan,kesakitan,kemarahan.semuanya aku abaikan.aku buang semua kawan-kawan lelaki semata-mata taknak hatinya terguris. bila aku sedih menangis, marah dan kecewa, aku sendirian. aku simpan semuanya sendirian agar aku tidak dianggap bebanan dalam cinta ini.

 Semuanya mula memakan diri. bila dia mula memberi pelbagai syarat yang mana sepatutnya aku buat mahupun tidak. aku bukan seperti itu. aku merupakan seorang yang takkan ikut arahan sesiapa. jika A yang aku mahu ianya akan jadi A walauapapun yang terjadi. tapi demi dia aku ketepikan. ada satu kisah ketika percintaan kami mencecah 7bulan, my mr2508 memberitahu yang dia mahu aku msg or call petang dan berhenti sebelum malam. jadi aku turutkan namun aku tetap salah. waktu itu kemarahan aku membuak. aku marah namun aku juga yang beralah. keadaan makin terbalik. yang merajuk,marah,sedih ialah mr2508 not mrs 2508. namun aku turutkan.

 aku kenalkan kepada keluarga ku dan dia diterima. buat pertama kalinya ayah dan ibu tidak membantah. inilah satu-satunya alasan yang membuatkan aku abaikan apa yang aku rasa. aku sentiasa cuba buat dia nampak sempurna diamata semua orang. aku ikutkan semua apa yang dia mahu. aku ubah semua tentang aku jika dia tak suka. aku abaikan kemarahan, rajuk aku jika ia membuakan dia serba salah. aku ya kan semua kesalahan. indahkan perjalan cinta ini. sakitnya berganda-ganda sehingga aku tak tahu dalam hati aku itu cinta atau bukan.kadang aku bahagia sangat, kadang aku sedih dan keliru. namun aku ketepian semuanya untuk melihat dia tersenyum.

BERSAMBUNG






Sunday, March 13, 2016

SALAH ÀKU....

Aku yang buat dia sedih...
Aku yang punca cinta ini goyah..
Tp seikhlas hati aku..aku mmg sayang dia..
Hanya dia...

Friday, June 5, 2015

KeMuNcUlAn....

setelah lama diam menyepi.. kekadang dah hampir lupa.. mungkin sebab aku dah ada tmpat mngadu..jd tak terbeban rasa hati... tapi aku tetap aku...ada perkara yg mampu aku kongsi dan ada perkara yg tak mampu aku ungkap...tapi yg penting coretan mampu menenangkan...sebab setiap bait ayat hanya kau dan aku yg tahu...


 ..aku menunggu sinar bahagia dalam cinta..aku menunggu cahaya dari senyuman...aku menunggu irama dari suaramu...yg mampu aku buat..menunggu kau dari jauh...

Sunday, November 27, 2011

itu realiti,,,

Berbaring di rumput nan hijau

mencari suatu ketenangan

Hari hari perkara yang ku duga

Pastinya nanti diriku terluka

Aku masih di sini

Menunggu saat akhir

kau dan aku begini

mencari satu erti

Biar hari berlalu

menanti masa itu

teruskan berlari ke alam realiti

Ohhh ohhhh ohhh

Berbaring di rumput nan hijau

mencari suatu ketenangan

Berlari ke alam realiti

menjadi insan yang sempurna...

Ohhh ohhhh ohhh

Aku masih di sini

Menunggu saat akhir

kau dan aku begini

mencari satu erti

Biar hari berlalu

ku nanti masa itu

teruskan berlari ke alam realiti

ohhhhhohhhh

Monday, November 21, 2011

dia bagiku

aku sayang dia.....
bgi aku dia yg terbaik yg aku jumpe..
dia boleh terima aku seadanya...
namun ada banyak lagi benda yang aku nk masih tak dapat....
hati aku mcam dah tak pkir tentang diri sendri....
bgus ke mcm tue????
jgn hancurkan hati ini ye my hubby ku syg...
i love u so much n u are my life......

Monday, November 14, 2011

hatiku

Aku tak sempurna di matanya…aku cuba namun aku tak mampu..aku sayangkan dia….tapi bagaimana lagi cara yang aku ada untuk tnjukkan kasih sayang dan cinta aku padanya…makin lama aku rasa makin jauh ngan dia….aku nak dia layan aku macam dulu…aku tak kisah dah kalau aku perlu korban kan keinginan dan kehendak aku…aku nak dia bahagia dan senyum riang….kegembiraan dia mungkin akan menggembirakan hati aku….Cuma ku mohon…kuatkan lah hati dan diriku untuk melakukan semua ini……..mungkin aku ditakdirkan untuk membahagiakan diri sendiri….tanpa bantuan orang lain….hahahahahahahahaha…terus kan senyum….tak ada orang akan layan kesedihan kau…sedarlah diri tue……...

Wednesday, November 2, 2011

apa mampu ku laku kan???

camne ea kalu cinta yang bahagiakan aku sekarang tiba-tiba hilang?macam dulu...sekelip mata jek blh hilang...cinta yang dulu cuma beberapa bulan dah blh buat aku kecewa and sedih sgt inikan yang dah lame....macam2x aku dah lalui dengan dia...sedih nye kalau dia takda....satu saat hati dah ada cinta tapi bertahu-tahun baru blh hilang rasa cinta...erm kejam juga cinta...tapi aku taknak dia hilang dari aku....aku taknak cinta yang ada untuk dia dalam hati aku nie hilang....aku dah tak kuat nak pura-pura bahagia macam dulu....hati aku nie dah tak mampu nk simpan semua...cukuplah kenangan pahit aku selama nie..aku taknak cinta aku padanya jaddi kenangan pahit juga...tak kira lah apa yang jadi aku akan biar cinta ini jadi kenangan manis jek...biarlah aku kene korbankan perasaan aku...hihihi tak marah-marahkan awek muda.hihihi....i love my love...