story in my heart

My photo
eVeRyThInG Is sEcReT.......

its so cute....

its so cute....
saya sayang semua yang ada disisi saya


Friday, October 15, 2010

Im hApPy WiThOuT lOVe

aku cuba melupakan semua....
aku tutup semua kedukaan dengan ketawa dan senyum...
walau aku menderita aku akan cuba untuk sembunyikannya....
aku tak akan kalah dengan permainanmu....
hati kau tak akan bahagia dengan perbuatan ini...
mungkin kini hati aku kau mainkan...
nanti ada masa hatimu pula yang dimainkan...
hati aku tak pernah ada cinta untukmu....
aku bersyukur kerana cinta untukmu tak sempat wujud dihati aku...
mungkin kau mampu tersenyum melihat aku tersiksa...
tapi aku lagi tersenyum melihatmu bahagia dengan semua ini...
ini semua kerana tak pernah perbuatan jahat dibalas baik..
aku tahu suatu hari nanti kau akan terima balasan setimpal dengan apa yang kau lakukan terhadap aku...
perkahwinanmu tak mampu membuatku menderita...
kerana aku tak pernah anggap dirimu penting untukku...
kau hanya sahabat yang aku guna untuk persinggahan......
sekalipun yang aku tulis ini bukan dari hati...
namun ini yang aku cuba sematkan di dalam memoriku tentang dirimu...
aku tak mampu menangis lagi...
memori yang aku cipta ini lebih indah dari memori yang kita pernah lalui.....
aku berharap kalau masa boleh diundur...
aku tak akan pernah ingin mengenali lelaki yang hipokrit sepertimu...
memori pahit apakah yang kau akan cipta dengan perempuan yang medampingimu....
aku tak tahu betapa malangnya nasibku mengenali dirimu.....

NiCe gUy

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam

Tuesday, October 12, 2010

CiNtA TiaDa rUaNg lAgI DiHaTiKu LaGi

CINTA TAK AKAN ADA LAGI DIHATI AKU KINI DAN SELAMANYA.....
aku cuba untuk menerimanya kembali...tapi cinta menyakitkan aku lagi...
aku rasa tertipu...aku rasa diperbodohkan...
aku tahu aku kebudak-budakan....tapi ini bukan bermakna aku boleh dimainkan....
aku juga manusia yang punya perasaan sepertimu....
aku tak sangka..hubungan yang membahagiakan ini merupakan satu penipuan...
sisa cinta yang tinggal dalam hati aku kini sudah hilang semua...
hati aku dah hancur sehancurnya...
aku baru nk pulih dari kesakitan yang lalu tapi kau tambah dengan luka yang baru...
kau ingin membantu namun kau cuma membantu untuk aku benci cinta....
seumur hidup aku benci CINTA,SAYANG AND RINDU.....
aku tak akan percaya lagi kata-kata dusta tu...
kini aku cuma ada sekujur jasad tanpa ada perasaan cinta....
cinta..kenapa kejam terhadap aku...
aku ingin setia namun ia sia-sia...
kini aku adalah aku yang baru..
tanpa cinta,sayang,rindu,gembira dan belas kasihan.....
aku kejam kerana kau yang buat aku kejam....
kenapa ini yang kau hadiahkan untuk aku....
apa nilai aku dimata kau....
hati aku kau buat tak ubah seperti sampah....
hati aku memang tertutup untuk cinta...
selama-lamanya........
terima kasih kerana inilah hadiah paling bahagia aku terima dari seorang insan bernama LELAKI.........
HADIAH SEKEPING CINTA YANG PALSU......

Sunday, October 10, 2010

lirik untukmu

pertama kali ku bertemu denganmu
sayunya hatiku merindui diri mu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta
pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku berserah menyintai mu
akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu...ooooo
biar pun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biar pun hari berganti hari dirimu tetap ku nanti..ooooo
sayangku....
pimpinkan tanganmu menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ooo kasih...
memang khilafku menyayangimu
memang khilafku mencintaimu
tapiku tahu semua itu tak akan kembali lagi
bukan ku pinta segunung janji
tidak ku harap sinaran ini
cuma ku ingin setulus kaseh
kaseh yang kekal selamanya
oooo sayangku....
senyummu enggan pergi
tawamu mengiringi
wajahmu ku terbayang
hadirmu bagai mimpi
seumpama bidadari
potretmu kutatapi
mengharap kau kembali
bukan ku rindu saat bersamamu
tidakkah mampu melupakan mu
cuma ku tahu semua itu tak akan kembali lagi.......

SeMuA TAnPa KeReLaAnKU

aku lepaskan dia tanpa kerelaanku...
aku biarkan hati aku sakit dan sedih
hanya itu mampu aku buat untuk orang yang aku sayang.,...
hati aku meronta untuk memintanya agar tidak pergi...
tapi aku tak mampu..
aku nk dia bahagia.....biarlah aku sedih...
tapi kalau dia tahu ini akan berlaku kenapa dia datang kepadaku untuk menyayangiku....
ini satu penyeksaan untukku.....
aku tak mampu lagi untuk semua ini...
akhirnya aku menagis lagi sebab cinta...
baru seketika aku gembira kerana cinta.....
kenapa aku yang harus menanggungnya....
kasihanilah aku......
aku mohon jangan sakiti aku lagi.....
aku sayang dia......
aku minta maaf sayang....
sekiranya aku hilang dan tenggelam dalam cinta mu....
aku kini hanya mampu menyembunyikan kesedihan hanya untuk seketika....
aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan......

Saturday, October 9, 2010

story about CINTA

cinta kadang kala indah...kadang kala sedih...cinta yang sejati sukar untuk kita temui....tapi bila cinta sejati tu depan mata kita pula terlupa untuk menghargainya...kita abaikan...tapi bila kita cuba untuk melahirkan cinta sejati kita disakiti...ini yang menyebabkan kita benci cinta.....namun kita tak boleh menghalang perasaan itu dari hadir dalam hidup kita....walau sekuat mana kita cuba halang....cinta tetap hadir dalam hati.....cinta dan kasih sayang juga merupakan satu perasaan yang mudah beralih arah.....cinta dan sayang sungguh mudah untuk bertukar ganti.....selama mana pun hubungan yang terjalin kalau ada cinta baru yang hadir cinta yang tersemai bertahun-tahun dengan mudah dibuang ketepi....tapi realitinya cinta itu indah jika kedua-dua pasangan mempunyai pendirian yang kuat.....dan jika kedua-dua pasangan memahami antara satu sama lain cinta itu akan jadi indah....cinta juga akan jadi indah kalau pasangan sangat memahami diri pasangan mereka.......sesetengah kekasih tak suka memberi tahu ape yang meraka suka dan ape yang mereka tak suka....mereka cuma akan memberi petunjuk untuk difahami.....

Wednesday, October 6, 2010

persoalan "kenapa"

1.kenapa aku tak cemburu
:cemburu menyebabkan sesuatu hubungan itu musnah.cemburu juga merupakan satu perasaan
yang membuatkan aku benci dengan cinta.perasaan cemburu itu juga melahirkan dendam.

2.kenapa aku kurang menjaga hati si dia
:aku tak pernah rasa hati aku dijaga.dan aku mahu jaga hati aku.aku takut aku dah tak ada masa untuk menjaga hati aku.

3.apa itu cinta bagi aku
:cinta merupakan satu perasaan yang indah.namun aku bencikan perasaan itu yang lahir dalam satu hubungan yang tiada ikatan yang sah di sisi agama.aku takut dikecewa.aku tak sekuat dulu untuk menangungnya lagi.

4.kenapa aku sukar untuk berkongsi kesedihan
:kesedihan membuatkan aku rasa disimpati.aku tak mahu.sedih menyebabkan diri aku kelihatan lemah di mata insan.namun aku tak mampu pendamkn seorang diri.aku bukan sekuat dulu.

5.kenapa aku sukar menitiskan air mata di hadapan si dia
:air mata aku hanya menitis disaat aku marah dan disakiti.ketika aku perlukan seseorang ketika aku sedih tak ada seorang pun yang pernah hadir membantu.

6.kenapa aku degil
:ini sebab aku tak mahu mengikut kata orang.aku cuma ingin mengikut kata hati sehingga aku dimiliki secara sah.aku cuma ingin memenuhi hasrat hati aku.