Kenangan demi kenangan bermain diminda aku….mungkin kenangan ini yang membuatkan aku sentiasa tersenyum walaupun realitinya aku kesedihan…kenangan yang aku lalui bersamanya cukup sukar untuk aku lupakan…..walaupun untuk sesaat…..aku tahu dia kini semakin jauh dari aku mungkin dia tak mahu memberi aku harapan dan biarkan aku meletakkan harapan yang tinggi untuk bersamanya….tapi aku tahu dia sentiasa milik aku di hati….dia tak pernah membuatkan aku sedih…dan dialah orang yang pertama yang bersama aku diwaktu aku kesedihan……dia sentiasa membuatkan aku tersenyum….Cuma dia yang mampu buat diri aku berubah….untuk dia aku sanggup lakukan apa saja biarpun aku terpaksa berjaga untuk sepanjang malam…..ketika dia sakit aku merasakan diri aku juga turut sakit……aku resah bila dia tiada…aku sanggup melakukan apa saja untuk biarkan dia terlepas dari dikenakan hukuman…..yang penting untuk aku Cuma dia…..sewaktu dia ada untuk aku,aku menjaganya seperti seorang isteri…..aku kawal semua tingkah lakunya namun tidak terlalu mengongkong…aku sentiasa risau tentang dirinya…ketika dia ditimpa kemalangan aku hampir rebah….aku tak sanggup kehilangannya….walaupun dia tidak ditakdirkan untuk bersama dengan aku selamanya namun aku masih mampu hidup selagi dia ada di muka bumi ini dan selagi aku dapat melihat dia tersenyum gembira….dia mampu buat aku cemburu…walaupun aku ada kekasih namun aku tak pernah cemburu bila mereka dengan perempuan lain….tapi untuk dia hati aku sakit…walaupun sekadar teman….hati aku sakit bila melihat dia rapat dengan perempuan…..namun aku simpan semuanya kerana aku terlalu sayangkan dia…..semua lelaki yang hadir untuk mengantikan dirinya tidak mampu menandingi perasaan aku terhadapnya…..tiada sesiapa mampu mengambil hati dan cinta aku untuknya…..aku Cuma mahu mendengar suaranya bila aku kesedihan…..aku juga mahu mendengar suaranya bila aku kegembiraan…segalanya untuk dia……setiap kali hari lahir aku,aku sentiasa menantikan panggilan dari dia……Cuma dia mampu buatkan aku tersenyum gembira di hari lahir aku……dia adalah insan yang pertama mengucapkan selamat hari lahir setiap kali tiba hari lahir aku…….aku tak pernah menipu dia…..tiada seorang lelaki pun yang aku tak tipu melainkan dia……aku sentiasa jujur dengannya walaupun ia boleh membuatkan dia benci aku….namun aku tak mampu menipu dirinya…dia terlalu berharga untuk aku…..aku tak mampu hidup dengan ceria jika dia tiada di muka bumi ini……….walaupun dia tiada untuk aku biarlah dia sentiasa ada untuk hati aku…….aku terlalu sayangkan dia sampai bila-bila.
--------------------------------------------------Ad---------------------------------
------------------------------------------------ledoicemeamor------------------------
No comments:
Post a Comment