story in my heart

My photo
eVeRyThInG Is sEcReT.......

its so cute....

its so cute....
saya sayang semua yang ada disisi saya


Tuesday, August 31, 2010

satu permainan kata-kata.....

Salahkah aku bila mencintaimu,
Dosakah aku bila tidak memilikimu…
Mungkinkah aku tidak layak untukmu,
Atau pun kamu tidak menerimaku..
Memang engkau bukanlah yang pertama ku cinta,
Tapi kau lah pintu terakhir untukku…
Kau buat aku lbih mencintai cinta,
Kau buat aku juga terbisu….

Setiap orang pernah rasa kebahagiaan dan setiap org pernah merasa kekecewaan.aku tulis ni khas tuk kawan aku yang bernama ..................... dia punya bte aq xthu,he3…sory ye ......... … .........,aku harap jngan lah ko ttup pintu hti ko tu..sbb ia xkan mendtgkan pe2 kebaikan pun tuk ko,mksdnya bkn aq nk suh ko buang msa bermain tntng hti lgi,tpi ko ttp kna jgk bgi ruang tuk hti ko bercnta…mgkn slma ni ko bercnta ko blom temu yg sesuai tuk hti ko…cba bgi pluang lgi pda hti ko dn org lain tuk bertapa di hti ko…lgi 1,aku thu skap ko cm ne…tpi klo blh cba jdi org yg sbar ckit k..=)..msti nmpak lembut,hehehehehe..cba rilex dan amalkan skap krg marah,dan senyum sllu…ha kan cmel tu=)…hehehehehe..aq ckp je,xnk wt pn xpe,aq pham bkn sng nk ubah sesuatu tabiat yg dah biasa kte wt=)…xthu lgi nk ckp pe….pape pun,mmg seronok berkwan ngan ko…god luck 4 u study…wt yg trbaik…xde org pndai tnpa usaha yg gigih..study smart not study hard…cam terbalik je aq ckap,hehehe..xpo smo jo mksudnyo=)

Monday, August 30, 2010

gembira,sedih,duka,cemburu,

hati aku sakit
hati aku sedih
hati aku hancur
air mataku berguguran
bila dia disisi orang lain..
aku sedih dia bukan kawan rapat aku lagi..
aku sedih bila dia makin jauh dari aku..
aku masih lagi mengejar bayang-bayangnya...
aku tahu aku tiada tempat disisi dia..
namun aku tak mahu dia terus hilang dari hidup aku...
aku tahu tiada siapa mampu buang dia dari hidupku
dari memori hidup ku...
dialah nadi untuk aku....
aku sayangkan dia.....
walau beribu kali aku cuba lupakan...
setiap detik itu hati aku mula hancur...
aku tak pernah milikinya...
kerana dia insan terbaik yang pernah aku temui....
rasa sayang aku terhadap dia takkan hilang selagi aku masih bernyawa.....
cuma satu aku pinta dan merayu...
tolong jangan lupakan aku....
tolong jangan tinggalkan aku,....
aku perlukan kau sebagai kawan,teman dan sahabat,,,,,
bagi aku kau amat penting dari segalanya......
ya allah tabahkan lah hati aku untuk mrlepaskannya..
hampir 3 tahun aku biarkan diri ini dirantai olehnya...
aku memang tak kuat untuk hilangkan memori ini...
semuanya hanya untuk dia..
aku berjaya dan tabah sehingga sekarang hanya sebab dia....
aku cuma mahu dia menjadi teman karib ku semula....
seperti dahulu...
tolong pulangkan masa lalu...
agar jiwaku kembali tersenyum dan gembira..........

Saturday, August 28, 2010

hilang hatiku (permulaan)

Sinar mentari pagi menyuluh ke dalam kamar yang kemas dan agak tersusun.semua ini ilham dari empat sahabat yang sentiasa bersama.belajar merupakan rutin harian.pelbagai ragam.penghuninya terdiri daripada siti,mimie,nurul dan fara.siti dengan buah hatinya.mimie dengan komik dan jenakanya.nurul dengan emosinya dan fara dengan persaingannya.tapi ini cerita tentang seorang gadis yang berusia 19 tahun,berambut pendek,ceria dan sedang leka melepak sambil membaca komik doreamon.matanya beralih ke jam loceng berwarna hijau diatas meja odie.jarum menunjukkan sudah pukul 7.30 pagi.dia mengeluh…hatinya berkata “kene gi kelas la pulak.boring betul ar!”.
Belajar selagi bernyawa…
“mimie!cepat siap.aku lapar ar!nanti tak sempat makan plak!!”suara yang seakan kanak-kanak kecil nyaring kedengaran dari muka pintu.dia bingkas bangun dan meletakkan komik diatas meja lalu mencapai baju yang tersangkut di depan katil.dia bergegas untuk bersiap dan pergi ke kafe bersama nurul dan siti.
Sedetik aku melangkah kesedihan menantiku….
mimie duduk di kafe selepas selesai membeli makanan.hanya kuih sebagai mengalas perut.Perlahan disuap selepas kawan-kawannya duduk untuk bersarapan bersama.rakan-rakan yang lain sibuk kesana kemari.itulah rutin harian bagi pelajar matrik.sesekali terbayang kenangan lama.ingin menagis namun tiada air mata
Sedih tanpa tangisan…
“aku nak gi kelas dulu.sebab lecture aku ontime ar.nanti tengahari nak makan sms aku tau?”kata siti sebelum melangkah pergi ke bilik tutorial.mimie dan nurul hanya mengangguk dan tersenyum mesra.
Dalam hati ada pilu namun tiada siapa tahu…
Selesai makan dia dan rakannya beredar untuk ke kelas masing-masing.bangunan matrik kini sunyi kerana semua pelajar berada didalam kelas masing-masing.dia memerhati sekeling.mahu tumpu perhatian terhadap pelajaran tiada minat.hanya terpikirkan sidia.
Si dia yang membiarkan aku tergantung tanpa sebarang jawapan…..tanpa sebarang kata…

hilang hatiku (bab1)

Hari ini merupakan hari pertama untuk semester dua.baru sehari tapi umpama setahun.detik jam menunjukkan pukul 12.40 tengahari.banggunan cafeteria telah dipenuhi dengan pelbagai ragam pelajar.dikaki lima kelihatan orang lalu lalang.di dalam tempat menjual,seorang wanita berusia hampir setengah abad bersama pembantu sibuk melayan karenah pelajar yang berasak-asak untuk membeli makanan tengahari.dia semakin leka memerhati keadaan sekeliling.
HOI!!!!
siti memangil dengan nada yang nyaring.seorang yang ceria namun kadang-kala garang.simple tanpa solekan tebal.hanya seorang insan menjadi pendorong.di bahu kiri hanya ada satu beg bimbit yang simple untuk mengisi buku-buku pelajaran.lihat pada lagak dan gayanya seperti seorang yang pandai namun pada hakikatnya memang pandai pun.
Dia yang sejak tadi sibuk memerhati sekeliling tersedar dan terus menuju kearah orang yang memanggilnya.
“yo.kau baru habis kelas ke.jom ar beli makanan.petang nie kau da kelas ke?”.sebelum sempat perempuan tadi menyapa dan bertanya soalan yang sama.
“aha aku baru habis.aku takda kelas petang nie.kau ada kelas ke?kalau takda kita pergi library nak?”.sahut siti memberi jawapan lalu mendekati mimie,seorang gadis yang simple dan perangai yang agak kasar namun lembut dihati.
“erm aku takda kelas tapi aku nak tidur ar.mana nurul,dia taknak makan ke?tak habis kelas lagi ke?”Tanya mimie mesra.
siti berjalan menuju ke tempat membeli makanan dan berkata “nurul suruh kita belikan untuk dia sebab kelas dia tak habis lagi.pastu petang ni dia ada kelas tekno.so kene pergi ontime”.mimie mengangguk tanda setuju.hai tak sempat lah nak rehat kalau kelas banyak,bisik hatinya.
“mami nie berapa semua?”.tanya mimie sambil tersenyum.mami pemilik cafeteria hanya tersenyum lantas membalas”mimie,kalau hari-hari awak makan macam nie boleh pening mami nak kira.erm RM3 semua”.
selepas selesai membayar semuanya siti dan dia terus melangkah pergi meninggalkan kafe yang mula sesak dengan orang.sesekali ada yang menegur namun hanya dibalas dengan senyuman.jalan menuju ke kolej kediaman agak sunyi kerana masins-masing sibuk dengan kerja meraka.di matrik tiada masa untuk mempedulikan hal orang.
“mimie kau dengan am macamana?”Tanya siti memulakan bicara.dinie hanya tersenyum lantas berkata”erm macam biasa jek.lagipun aku dah rasa macam pelik sikit ar.tapi biar ar aku bukan rugi pun”.namun dalam hati terselit kerinduan dan kesidihan.cinta gadis ini hanya pada dia namun seperti dipermainkan.
SITI!!
siti yang leka mencari buku terkejut dengan pangilan itu.rupa-rupanya nurul yang baru pulang dari kelas sambil melemparkan senyuman di muka pintu.”hoi!!boleh kene heart attact tahu kalau kau buat cam tu selalu.”balas mimie sambil berseloroh dan disambut dengan gelak tawa.”nurul kau punya makanan ada atas meja kau tahu.semua sekali RM3.bayar kat siti tahu”.jawab mimie sembelum sempat nurul bertanya.
Terdengar lagu ost boy over flower.segera dia mencapai telefon bimbit diatas katil.dipandang kearah skrin dan wajahnya berubah ceria.orang yang disayangi dan sentiasa dinanti,jejaka yang bernama fadzrul amirul.
“hello hai am!”sambil tersenyum lebar.
“takda kelas ke?terdengar suara am memulakan perbualan.
“takda.minggu nie nak ikut keluar tak.ada barang nak belilah.kalau busy takpelah.”terdengar suara dinie agar suram.
“erm tengoklah macam mana nanti”balas am
“okaylah i nak tidur ea.kalau ada apa-apa nanti i call ok?”
“okay.bye”jawab am sebagai tanda setuju.perbualan pasangan kekasih yang agak pelik ini hanya diperhati oleh siti dan nurul tanpa sebarang reaksi.mimie hanya tersenyum dan terus melabuhkan kepala keatas bantal.mata terus tertutup rapat.nurul dan siti hanya tersenyum.”itulah kerja kau ea dinie.tak bosan ke”bebel siti dan nurul hanya tertawa riang.sesekali ada senyuman menguntum dibibir dinie tanda setuju dengan kata-kata siti.
Kring!!kring!!
Jam berbunyi dan jarum menunjukkan pukul 1.50petang.ajilah yang selesai bersiap terus mencapai beg dan menuju kearah pintu.”odie aku pergi kelas dulu ye.bye-bye”jerit nurul dengan nada yang agak kelam kabut kerana terdengar suara JJ memanggil dari tingkat bawah.
siti meneruskan kerja.

hilang hatiku (bab2)

Walau insan lain mengatakan pertemuan itu sentiasa indah namun bagi dirinya pertemuan adalah satu titik permulaan untuk satu pengorbanan.
Langit petang begitu indah ditambah dengan sinar rona awan gelab berwarna jingga.bagai merawat hati yang luka,menenangkan jiwa yang sengsara. Dari balkoni asrama puteri ,tingkat 1,mimie leka memerhati keindahan waktu itu sambil memikirkan memori yang masih ada di ingatan tentang insan tersayang. Sesekali terlintas dihati untuk menangis namun ego dirinya tak mengizinkan. Dia memalingkan tubuh melihat kearah bilik, terus kearah katil siti. Badan disandarkan ke tiang balkoni. Matanya tertumpu kearah laptop yang dibiarkan terbuka. Teringat mimie akan luahan perasaan yang sering dinie tulis didalam laptop.kadang kala luahan itu di jadikan cerita.
mimie mengeluh kekesalan “susahnya aku nak lupakan dia.”
STAND BY ME!!!!
Terdengar lagu ost boy over flower dari arah meja study. Dengan langkah yang agak lesu dia pergi menyambutnya.
“hello…”
“hello!! Hai am ni! Turun kafe tak malam nanti
mimie terpikir sebentar sama ada mahu atau tidak. Kalau tak am akan merayu dan macam-macam kata-kata sedih akan dilemparkan.
“hello!mimie!suara am memangil bila mimie diam tampa berbicara.
“ye….tak tahu lah.tengoklah nanti.i penatlah.”
“ala turun la.i rindulah nak jumpa u.u turun ea,” ujar am dengan nada yang seakan merayu.
“erm…tengok la nanti.lagipun i banyak keje la,”jawab mimie memberi alasan.
Am mengeluh seakan tak berpuas hati.dinie dah tahu perangai am yang agak suka memaksa.
“ikut suka u lah.”am meakhiri kata-kata sebelum mematikan talian.
“hai la am nie tak sempat aku nak cakap dah letak.erm lantak ar,”balas mimie marah.
Sememangnya mimie marah jika mematikan talian sebelum dia menghabiskan perbualan. Namun mimie tak kisah kerana bagi dirinya am hanya sebagai kawan baik dan tak lebih dari itu. Mungkin kerana peristiwa lampau dan ego dia sering menafikan cinta walaupun ia wujud.
Telefon bimbit diletakkan diatas katil,matanya beralih kearah tingkap terus kearah langit yang terbentang luas..hari semakin gelap. Dalam tak sedar senja menjadi malam.dia memandang kearah jam di atas meja,8.00.segera dicapai tuala di birai katil dan terus menuju ke bilik mandi yang terletak berhampiran tangga.

Monday, August 23, 2010

MuNgKiN bAhAGiA(bAb 1)

Pertemuan dan percintaan yang tak dijangka dan difikirkan..perasaan cinta yang hampir 6bulan diabaikan..perasaan cinta yang sentiasa aku nafikan..kini hatiku kosong sehingga dia hadir dalam hidup ku..namun aku serahkan segalanya kepada ibu tercinta..aku takut untuk mengikut gerak hati sendiri..kini aku cuma menurut saja kata-kata ibu..aku tahu dia tahu ape yang terbaik untuk aku..aku tak nafi aku dah mula sayangkan dia...namun kita hanya mamapu merancang dan tuhan yang menentukan....aku cuma berharap dialah insan terakhir yang wujud dalam hati aku...
aku harap tiada duka dan air mata dalam hubungan kali ini....
aku inginkan kegembiraan sepenuhnya...
aku harapkan sikapmu dan perasaan terhadapku takkn berubah sampai bila-bila....
sepertimana aku mengenalimu seperti itulah aku inginkan selamanya..
mungkin ini kebahagian yang akan wujud dalam hidup aku..
aku cuma menunggu bukan berharap....

TiDaK MaMpU Ku MeLiHaT CiNtA,tApI kU MaMpU MeRaSaInYa.NaMuN aMaT SuKaR UnTuK DiPeRcAyAi. TaPi cInTa mEmBuAtKaN AkU InGiN tErUs PeRcAyA.hInGgA iA hILaNg dENgAn sEnDiRI...

Thursday, August 19, 2010

what can i do?????????

aku tahu aku selesa dengan dia
tapi aku takut nak mengaku
aku cuba menafikannya
tapi aku tak mampu
aku cuba lupakan kisah lalu dan mulakan yang baru
tapi aku takut kalau aku lupakan aku jadi alpa
dan ia akan berlaku lagi
aku dah tak sekuat dulu untuk menangung semua itu
aku tak mampu membaca isi hati aku
aku buntu
aku takut aku sedih lagi.....
aku takut aku ditipu lagi
aku takut untuk hadapinya lagi
kini aku takut untuk semua ini
aku bukan insan yang sekuat dulu
seorang insan yang mampu menyembunyikan kesedihan dan segalanya
seorang insan yang dipenuhi kegembiran
aku kini cuma seorang insan yang tak mampu sembunyikan segalanya
aku senang menitiskan air mata
aku senang marah
aku tak mampu gembira dengan sepenuh hati
aku tak mampu menipu diri aku lagi
tapi sekarang aku buntu untuk perkara yang digelar CINTA.....