Sinar mentari pagi menyuluh ke dalam kamar yang kemas dan agak tersusun.semua ini ilham dari empat sahabat yang sentiasa bersama.belajar merupakan rutin harian.pelbagai ragam.penghuninya terdiri daripada siti,mimie,nurul dan fara.siti dengan buah hatinya.mimie dengan komik dan jenakanya.nurul dengan emosinya dan fara dengan persaingannya.tapi ini cerita tentang seorang gadis yang berusia 19 tahun,berambut pendek,ceria dan sedang leka melepak sambil membaca komik doreamon.matanya beralih ke jam loceng berwarna hijau diatas meja odie.jarum menunjukkan sudah pukul 7.30 pagi.dia mengeluh…hatinya berkata “kene gi kelas la pulak.boring betul ar!”.
Belajar selagi bernyawa…
“mimie!cepat siap.aku lapar ar!nanti tak sempat makan plak!!”suara yang seakan kanak-kanak kecil nyaring kedengaran dari muka pintu.dia bingkas bangun dan meletakkan komik diatas meja lalu mencapai baju yang tersangkut di depan katil.dia bergegas untuk bersiap dan pergi ke kafe bersama nurul dan siti.
Sedetik aku melangkah kesedihan menantiku….
mimie duduk di kafe selepas selesai membeli makanan.hanya kuih sebagai mengalas perut.Perlahan disuap selepas kawan-kawannya duduk untuk bersarapan bersama.rakan-rakan yang lain sibuk kesana kemari.itulah rutin harian bagi pelajar matrik.sesekali terbayang kenangan lama.ingin menagis namun tiada air mata
Sedih tanpa tangisan…
“aku nak gi kelas dulu.sebab lecture aku ontime ar.nanti tengahari nak makan sms aku tau?”kata siti sebelum melangkah pergi ke bilik tutorial.mimie dan nurul hanya mengangguk dan tersenyum mesra.
Dalam hati ada pilu namun tiada siapa tahu…
Selesai makan dia dan rakannya beredar untuk ke kelas masing-masing.bangunan matrik kini sunyi kerana semua pelajar berada didalam kelas masing-masing.dia memerhati sekeling.mahu tumpu perhatian terhadap pelajaran tiada minat.hanya terpikirkan sidia.
Si dia yang membiarkan aku tergantung tanpa sebarang jawapan…..tanpa sebarang kata…
No comments:
Post a Comment