Walau insan lain mengatakan pertemuan itu sentiasa indah namun bagi dirinya pertemuan adalah satu titik permulaan untuk satu pengorbanan.
Langit petang begitu indah ditambah dengan sinar rona awan gelab berwarna jingga.bagai merawat hati yang luka,menenangkan jiwa yang sengsara. Dari balkoni asrama puteri ,tingkat 1,mimie leka memerhati keindahan waktu itu sambil memikirkan memori yang masih ada di ingatan tentang insan tersayang. Sesekali terlintas dihati untuk menangis namun ego dirinya tak mengizinkan. Dia memalingkan tubuh melihat kearah bilik, terus kearah katil siti. Badan disandarkan ke tiang balkoni. Matanya tertumpu kearah laptop yang dibiarkan terbuka. Teringat mimie akan luahan perasaan yang sering dinie tulis didalam laptop.kadang kala luahan itu di jadikan cerita.
mimie mengeluh kekesalan “susahnya aku nak lupakan dia.”
STAND BY ME!!!!
Terdengar lagu ost boy over flower dari arah meja study. Dengan langkah yang agak lesu dia pergi menyambutnya.
“hello…”
“hello!! Hai am ni! Turun kafe tak malam nanti
mimie terpikir sebentar sama ada mahu atau tidak. Kalau tak am akan merayu dan macam-macam kata-kata sedih akan dilemparkan.
“hello!mimie!suara am memangil bila mimie diam tampa berbicara.
“ye….tak tahu lah.tengoklah nanti.i penatlah.”
“ala turun la.i rindulah nak jumpa u.u turun ea,” ujar am dengan nada yang seakan merayu.
“erm…tengok la nanti.lagipun i banyak keje la,”jawab mimie memberi alasan.
Am mengeluh seakan tak berpuas hati.dinie dah tahu perangai am yang agak suka memaksa.
“ikut suka u lah.”am meakhiri kata-kata sebelum mematikan talian.
“hai la am nie tak sempat aku nak cakap dah letak.erm lantak ar,”balas mimie marah.
 Sememangnya mimie marah jika mematikan talian sebelum dia menghabiskan perbualan.   Namun mimie tak kisah kerana bagi dirinya am hanya sebagai kawan baik dan tak lebih dari itu. Mungkin kerana peristiwa lampau dan ego dia sering menafikan cinta walaupun ia wujud.
Telefon bimbit diletakkan diatas katil,matanya beralih kearah tingkap terus kearah langit yang terbentang luas..hari semakin gelap. Dalam tak sedar senja menjadi malam.dia memandang kearah jam di atas meja,8.00.segera dicapai tuala di birai katil dan terus menuju ke bilik mandi yang terletak berhampiran tangga.

No comments:
Post a Comment